|
|
♔ Friday, February 10, 2012
9:40 AM |
»
I Miss You...Memory!
Memori... Hari ni tiba2 aku teringat zaman sekolah rendah...Entah kenapa semasa saat kekosongan hari ni tiba2 aku terbayang saat2 sekolah rendah dulu...Pelbagai memori yang ada dari kegembiraan,kesedihan,kedukaan & banyak lagilah...Bila diingatkan semua memori tu aku jadi sedih dan berduka...Sekolah rendah pertama aku sekolah rendah merchang masa tu aku ingat lagi masa darjah 1 main dam ular masa cikgu mengajar.Masa darjah 1 memang best ah mainlah camne pun cikgu tak kisah pun.Masih aku ingat nama kawan baik aku semasa sekolah disana namanya Arafat tapi ntahlah sekarang dia camne.Masih aku ingat gadis cantik bernama Ayu senyuman yang menawan hahaha... masa budak2 memanglah camtu senang je suka orang apalah tak matang lagi masa tu xD... Tapi masa darjah 2 aku berpindah sekolah kerana ibu bapa bertukar tempat kerja...Masa hari akhir sekolah disana aku ingat lagi aku salam2 ngan semua orang tapi masa dalam kereta aku duduk belakang seorang diri aku menangis sendirian...hahaha masa kecil2 dulu menangis orang tak kisah mana.Dulu rasa bebas je nak menangis bila2 masa je boleh tapi sekarang takleh dah sebab ''People Always Judge Other People Without Knowing The Truth''
Masa darjah 2 aku berpindah ke sekolah rendah kedua aku sekolah kebangsaan pusat bukit besar :D.Aku ingat lagi masa hari pertama aku sangat pemalu masa tu masa kat perhimpunan adalah 2 budak mari kat aku tanya nama aku berkenalan ngan aku.Diorang adalah Hisyam & Azizul yang sama jugak sekolah menengah dengan aku xD.Lepas perhimpunan masuk kelas tapi aku tak masuk pun aku malu giler masa tu aku tunggu kat pintu orang lain ajak masuk tapi aku sengih2 malu apalah xD pastu cikgu kelas mari barulah aku masuk.Hahaha aku ni pemalu giler dulu...
Lepas tu aku ingat lagi aku gaduh sekeh pale ngan Faris Husaini masa hari kedua.Masa hari pertama aku masuk dia tak mari sekolah sebab sakit.Tapi aku sendiri tak ingat kenapa aku gaduh sekeh pale ngan dia hahaha...Dia pun sampai sekarang jadi kawan aku...Alhamdulillah kitorang tak main sekeh pale doh tapi main lawan2 ngan kertas mahjung je bila dah besar ni xD.
Aku dari dulu lagi memang tak reti matematik ntah kenapa.Mungkin sebab tak tumpu perhatian masa cikgu mengajar.Takleh jawab soalan sifir dulu2 memang dah jadi rutin hidup aku ah...Lepas tu masa darjah 5 memang selalu ah bila masa matematik masuk bilik komputer sebab cikgu matematik tu cikgu komputer jugak.Memang sejak dari dulu ah aku obses main komputer ni.Aku ingat lagi main game perang partner dengan kawan baikku sekolah rendah Megat.Biasa main tekan2 macam orang gila...Rindunya masa tu...
Aku pun pernah buat bisnes jual coklat hantu dulu.Memang laku ah jualan coklat masa tu.Tapi sayang bisnes tu sekejap je sebab kena marah ke cikgu sebab abis lidah budak2 jadi hijau,merah,oren,ungu memang best ah kena marah masa tu.
Masa zaman sekolah rendah memang ada macam2 cerita ah tapi kebanyakkan citer rekaan je.Macam2 ah citer rekaan dari hantu,kekayaan dan macam2 lagi ah.Bila diingat balik kelakar jugak xD.
Masa darjah 6 aku ingat lagi aku selalu kena marah di cikgu Bm.Aku ingat lagi buku aku kena lempor luar kelas sokmo oleh dia.Sebab tak balutlah,Balut hodohlah, lepas tu bila aku ingat balik yang ni memang kelakorlah ada ke patut karangan aku tulis lepas tu ada saloh ayat jadi padam ayat tu pastu ada tempat kosong banyak akhir sekali aku ambil keputusan menconteng tempat kosong tu akhir sekali buku aku terbang ke luar hahaha xD.
Aku juga selalu kena marah di cikgu Bi sebab aku tak pernah buat kerja sekolah.Hampir setiap hari aku kena kelas tahanan sebab tak siap kerja sekolah.Denda berdiri depan kelas kat kerusi tu tak terbilang rasanya.Aku ingat lagi kena tegur oleh cikgu tu sebab aku tunjuk muka marah bila dia marah aku aku tunjuk muka masam habis seguni dia berleter ke aku...ish2...
Masa darjah 6 ada ujian nak tentukan kelas.Sekolah aku tu ada 2 kelas je.Keputusan keluar aku kena turun kelas no 2 tapi masa perhimpunan dia umun nama2 yang kena turun kelas aku tak kena pun lepas tu cikgu lain kata cikgu bi tu yang tolong aku dia kata dia nak aku belajar bersungguh.Aku berasa sungguh terharu masa tu...tapi still perangai aku tak berubah.Ada satu kali tu kerja sekolah aku tak siap lepas tu dia suruh aku gi bilik pengetua tapi aku tak mau akhir sekali
pergumuman guna speaker ''Kepada Muhammad Syafiq Bin Zainal sila ke bilik pengetua sekarang'' wah masa tu memang malu gilerlah.Kejadian ni berlaku masa aku darjah 5.
Masa dulu2 aku selalu ponteng koko sebab aku benci cikgu pengakap.Kelab sukan pulak tak best.Jadi masa aku ponteng tu aku gi New Fresh makan mee sup relaks2 masa orang balik lam kul 4 aku gi balik sekolah lepas tu lepak kat air terjun yang tak digunakan lagi aku duduk atas batu relaks2...Ntahlah masa tu aku memang agak teruk...Kadang2 aku balik je terus.
Masa darjah 5 aku mula pakai braces atau lebih dikenali sebagai ''GIGI BESI'' masa tu aku memang malulah kena pakai gigi besi.Dahlah susah nak makan orang pulak suh aku tunjuk sokmo gigi aku.Tapi sekurang-kurangnya takde pun yang ejek2 aku...Ahhh Bahagianya masa tu...
Masa darjah 6 aku mintak tukar sekolah sebab aku tak tahan dah dengan seorang cikgu lelaki ni dia memang galok ah kerjaan meraba2 aku ish2 teruk betul cikgu ni sentuh2 aku satu lagi aku tak tahan asyik kena marah oleh cikgu2 lain sebab tak pernah buat kerja sekolah.Satu hari tu ada kerani dari pejabat suh aku naik ke bilik pengetua bawak beg aku ingat balik awal tapi bila aku masuk mak aku ada dalam bilik pengetua pastu dia cerita belaka kepada mak aku segala kesalahan aku segala yang aku lakukan kemudian dia nasihat aku dan masa tu tiba2 hati aku rasa sayu sangat kemudian aku menangis depan pengetua ngan mak aku sedih sangat2 masa tu.
Memang banyaklah kenangan masa sekolah rendah ni.Masa lawatan pun best g KL ngan Melaka masa g KL aku berlawan tak tidur ngan kawan2 dalam dorm akhir sekali tertido dalam bas masa siang tu.Pastu beg duit aku hilang tapi mujurlah aku letak no telefon dalam beg duit tu mujur ada orang call kemudian dia hantar pos beg duit aku.Terima kasih penyelamatku :)
Kenangan sekolah rendah memang banyak...Masa tu semua orang baik,tiada perasaan hasad dengki,mengata pun tak banyak,perkara tidak senonoh tidak berlaku MASA TU MEMANG BEBAS AH!!!
Time Keep Moving Forward,But Memory Will Always Be In Our Heart...