Complicated Life Of Me. To see a new post please press CURIOSITY.To find out about me just hit KILLS. To read my old post or read my friend blog, please press THE. To see my Tumblr please press CAT. Thank You & Don't Forget To Follow My Blog By Clicking The Follow Button On The Navigation Bar :)
|
|
♔ Friday, November 11, 2011
12:36 AM |
»
It Just Gonna Be Memory...
Masa berlalu begitu pantas...tanpa disedari aku semakin hampir dengan SPM yang merupakan peperiksaan terakhir untuk menentukan masa depanku...
Aku belum bersedia...Ya Allah aku belum bersedia...Aku belum study pun...Kepalaku asyik memikirkan perkara yang tidak sepatutnya aku celaru aku sesat dalam fikiran aku sendiri...Semuanya bagai kabur dihadapan mataku aku tidak nampak lagi cahaya yang menerangi hidupku...Jiwaku terasa kelam ntah kenapa aku tidak boleh untuk belajar bersungguh-sungguh seperti orang lain...Mengulangkaji seperti orang lain...Aku juga inginkan kejayaan namun usahaku tetap terus gagal...
Mungkin ini semua berpunca dari dosa-dosaku...Aku tidak boleh fokus seperti orang lain,aku tidak sepandai orang lain,aku tidak bijak seperti orang lain...
Tak sangka dalam beberapa hari lagi aku akan menjadi calon SPM dan lepas tu aku akan menjadi seperti debu berterbangan sesat tiada lagi bimbingan dari guru-guru,tiada lagi gelak tawa semasa belajar bersama rakan sekelas,tiada lagi lepak-lepak dengan kawan karib...Semuanya bakal berakhir dalam sekelip mata je...Manusia akan berubah dan berlalu pergi dari kehidupan kita...Kita sebagai manusia harus menerima suratan takdir...
Pejam celik,pejam celik zaman persekolahan aku dah nak berakhir...Zaman yang penuh dengan memori manis,pahit namun itulah dugaan kehidupan kita tidak sentiasa berada di atas dan gembira kadang-kadang kita juga diberikan ujian untuk menguji keimanan kita...
Adakah aku akan berjaya SPM ni?Aku pun tidak tahu...Aku belum bersedia dan belum study pun...Aku perlukan keajaiban untuk berlaku...
Bila kita kanak-kanak kita tak sabar-sabar untuk menjadi remaja,namun bila kita menjadi remaja kita rindu zaman kanak-kanak yang penuh dengan mimpi-mimpi indah...
// Syafiq Zainal // Elfie Syafiq // 12 April 1994 // 18 // Ex-Student SMK Dato Razali Ismail // Terengganu // Waiting For SPM Result // Like To Read Comic & Play Game // Nouvo S My Darling =D//
Complicated Life Of Me © Copyright 2011 Elfie Syafiq