|
|
♔ Friday, December 23, 2011
9:32 PM |
»
Goodbye 2011...
Tahun 2011 banyak kenangan manis suka duka semuanya berlalu begitu cepat...
Masa awal tahun kenangan yang paling aku ingat adalah semasa celebrate birthday Azhar ramai2 masa tu memang seronok makan2 minum2 ambik gambo giler2...
Tapi selepas tu aku mula berubah...Tiba2 perasaan rendah diri,benci diri sendiri mula menghantui diri aku...Aku mula menjauhi semua orang yang sayangi aku ntahlah bagi aku kehadiranku dalam kehidupan mereka menyusahkan dan memalukan diri mereka.Siapalah aku ni seorang budak lelaki berumur 17 tahun yang obesiti muka tak hensem dan pendek.Buat apa kan kawan dengan mereka memalukan mereka je.Sejak hari tu aku mula menyendiri dan memulaukan orang lain.Aku selalu naik motor sorang2 masa tu pastu g pantai menikmati bayu laut,angin segar sambil tu aku teringat kenangan manis bersama kawan2.
Sejak aritu juga aku mula lebih mengenali budak2 kelas aku.Aku mula menyertai aktiviti mereka masa tu memanglah seronok dapat bergaul dengan budak kelas sendiri.
Tapi lama kelamaan hatiku terasa kesepian,kesunyian & kesedihan.Semasa bulan puasa tiba2 pintu hatiku terbuka hanya disebabkan seorang insan yang lemah lembut dan penyayang dan penyabar.Aku melayan dia dengan teruk sekali tetapi dia tetap bersabar dengan perangaiku.Pintu hatiku terbuka semula selepas aku naik motor kemudian bertemunya dia hon aku sambil tersenyum tiba2 hatiku terasa sayu masa tu.Kemudian selepas tu aku mesej dia dan semuanya kembali normal...Terima kasih kawan :)

Kemudian aku dijemput ke majlis berbuka puasa anjuran Geng Sarang masa tu aku masih belum berbaik dengan mereka aku masih menyediri hanya seorang je yang aku bercakap masa tu.Tetapi masa tu semua orang melayan aku dengan baik seperti tiada apa pun yang berlaku seperti aku tidak menyakiti hati mereka aku terasa sungguh terharu.Kemudian selepas makan diorang ajak masuk lam giant nak beli barang tapi aku menolak kerana rasa malu dan segan.Dalam perjalanan balik aku mengambil jalan jauh untuk pulang aku meronda atas motor sehingga ke pantai tiba2 hatiku terasa tenang sangat2 dan aku bersyukur mempunyai kawan seperti mereka.
Sejak hari tu aku mula bersama mereka semula sungguh gembira aku rasa tidak lagi kesunyian,kesepian,kesedihan hanya kehidupan yang gembira.
Bulan 12, Azhar ajak aku cari kerja.Cari punya cari akhirnya dapat gok kerja kat Rasamas Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Kadang2 ada gok kena maroh ke manager tapi biasalah adab berkerja kita kena bersabar dan dengan arahan bos.Ramai orang aku kenal kat tempat kerja semuanya berlainan tapi seronok untuk dijadikan kawan.Semuanya peramah dan happy go lucky aku suka!.Kadang2 akulah biasa jadi bahan gurauan tapi sabar2 biasalah tu yang besar selalu dibuli cehwah xD.
Kesimpulannya tahun 2011 bagi aku penuh dengan cabaran, sengsara, kesedihan, kesunyian, kegembiraan, persahabatan & kepercayaan.
Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa ada bersama dengan aku ketika susah dan senang
AniFa, AzHar, IzZaTi, AqILaH, UmMi, ShuKrI, PiAh, CkIn, KirOh, HaNaNi, FaRiZ & Ramai Lagilah =D
Tapi akhirnya nanti semua orang akan berpisah juga dan membawa haluan masing2 jadi terima kasih untuk semua memori :)
GOODBYE 2011 THANK FOR THE MEMORY...